#PrayForMH370

Hi. Assalamualaikum.

Well korang pun dah tahu berita yang paling kecoh sekarang ni sampai worldwide pun. Mengenai pesawat MAS iaitu yang aku tahu MH370 hilang entah ke mana sejak pagi Sabtu masatu. Tertanya-tanya mana perginya pesawat ni sebab masih tak jumpa lagi. Dah masuk hari ketiga pencarian tapi tak jumpa. Yes ada lah jugak jumpa sikit tanda tapi kapal terbang tu masih tak jumpa.

Aku tengok dekat twitter ada banyak pendapat pasal kejadian ni. Tapi pada aku apa yang aku setuju cuma sama ada pesawat tu kena hijack sebab berita pun ada kata yang lepas investigate semua ada dua orang guna passport palsu. Itu satu kemungkinan lah kan. Kena hijack is actually better than terhempas. Lagi satu mungkin pesawat ni "dikaburkan" buat sementara oleh Allah. Yelah kita pun tak tahu apa jadi. Kuasa Allah tak mustahil pesawat sebesar tu boleh dikaburkan dari mata kita semua. Allah tentukan semua ni.

Dulu ada pesawat yang hilang jugak. Tapi yang pelik dan misterinya pesawat tu muncul balik dan mendarat dengan selamat dekat lapangan terbang lepas 35 tahun kemudian. Aku dapat sumber ni dari youtube. Video ada dekat bawah. Betul atau tidak aku tak pasti. Hanya sekadar ingin bekongsi. Mungkin pelik bagi kita. Tapi dengan kuasa Allah tak mustahil semua ni boleh berlaku. Sebenarnya dah banyak dah pesawat yang hilang entah kemana.

Selain tu, aku tak tahu lah apa penyakit some of pengguna twitter dekat Malaysia ni bangang sangat nak jadi attention seeker. Buat lawak itu ini lah, fake account lah. Adoi sedih betul aku tengok. Jakun ke cemana ni. Tolong ah korang yang baca ni jangan jadi macam tu.

Risau memang risau. Sedih tengok berita bila tunjuk gambar family penumpang pesawat tu. Aku sebagai manusia yang ada perasaan aku berdoa supaya pesawat tu dijumpai dan semoga semua penumpang dan anak kapal selamat. #PrayForMH370

Bye. Assalamualaikum.
(10/3/14)