Hi. Assalamualaikum.

Pernah tak korang rasa macam mana bila orang yang kita rindu tu tak rindukan kita? Mesti rasa teruk kan?
Pernah tak korang rasa macam mana bila orang yang kita suka tu tak sukakan kita? Mesti rasa kecewa kan?

Aku pun pernah rasa semua benda ni. I think it's normal for a normal teenage untuk rasa semua ni sebab bila kita dah jadi remaja, time tu lah kita akan wujud rasa cintakan seseorang yang mungkin tak suka kita yang lebih tipikal lagi disebut sebagai "crush". Tapi ada yang lagi teruk dari tu iaitu jatuh cinta dengan kawan sendiri. Benda ni pun selalu terjadi pada diri aku sendiri dan masih terjadi. Susah sebenarnya nak kawal perasaan macam ni. Sebab kita ada dua pilihan bila perasaan ni wujud. Pertama, kita mungkin akan terus terang dengan si dia dan sekiranya dia terima kita akan hidup bahagia. Kedua, sekiranya dia tak terima kita akan jadi awkward bila jumpa dia. Tapi kena ingat, walaupun dia terima boleh ke kita jaga hubungan tu? Takut nanti bila tak dapat bertahan hubungan tu, jadi jugak yang second tu. Tak mustahil sebab aku rasa korang semua pun tahu.

Ada kawan aku tanya "Weh kau pernah tak rasa orang yang kau suka tu suka dekat kau tapi dia tak nak bagitahu kau? Kau rasa dia rugi tak?" Okey soalan ni memang sebenarnya susah nak jawab. Hahaha bukan nak kata aku ni doktor cinta or doctor love macam jep tu ke apa. Cuma berkongsi pendapat. Okey lepastu aku pun jawab ah benda yang simple "Apa je kita boleh buat kalau dah macam tu?" alright mungkin korang akan cakap berterus terang adalah lebih baik. Tapi pada aku bukannya senang nak buat macam tu. Sebab aku tak nak benda yang dekat atas tu terjadi. Nanti susah lagi menyusahkan. Aku lebih suka berkawan walaupun kadang kadang ada rasa nak berpasangan. Yang paling penting sekali aku tak sedia lagi sebenarnya and that is why kadang kadang bila aku tengok pakwemakwe bersweet aku rasa macam menyampah. Kalau orang yang dah kahwin tak. Dah sah kot apedehal.

Memang kelakar hidup kita ni sebenarnya. Aku tersenyum sendiri bila tengok orang yang aku suka tu senyum. Tak tahu kenapa rasa macam tenang je bila tengok dia senyum. Tapi tertanya jugak adakah aku yang menyebabkan dia tersenyum? Haa persoalan ni selalu keluar. Benci weh. Ingat korang je ke benci? Tapi aku tak kesah sebab pada aku it's still okey for me asalkan aku boleh tengok dia tersenyum. Mungkin dia tak tahu. Aku belum berpunya tapi kerash tu mungkin ada.

Okey mungkin ada yang tak setuju. Aku tak kesah sebab aku rasa setiap orang ada pendapat sendiri. Terpulang pada diri masing-masing.

Bye. Assalamualaikum.