Hi. Assalamualaikum.

Pernah kau rasa macam diri kau ni tak wujud?

Pernah kau rasa sama ada kau ni penting dalam hidup ni?

Pernah kau rasa macam diri kau ni sangat memerlukan cinta seseorang?

Pernah kau rasa macam kau dah berputus asa bercinta sebab hati kau selalu
disakiti?

Pernah kau rasa orang selalu pinggirkan kau?

Pernah kau rasa macam nak luahkan semuanya tapi takde orang yang nak
mendengar?

Pernah kau rasa kecewa sampai tak boleh tidur malam?

Pernah kau rasa geram sampai rasa macam nak tumbuk muka orang?

Pernah kau rasa macam diri kau jauh dari  kawan yang lain?

Pernah kau rasa yang kau tak cukup sempurna untuk seseorang?

Pernah kau rasa macam mana ditipu masa kau betul-betul cintakan seseorang?

Pernah kau rasa macam esok adalah hari terakhir kau?

Pernah kau rasa takut sebab tak sempat melihat ibu bapa kau gembira atas
kejayaan kau?

Pernah kau rasa kau akan kehilangan satu demi satu dalam hidup kau?

Pernah kau rasa apa akan terjadi bila kedua ibu bapa kau dah tiada nanti?

Pernah kau rasa nak putus asa untuk hidup?

Pernah?
Aku pernah.

Aku bukanlah nak berkata-kata tapi hakikatnya aku pernah rasa semua ni. Tapi bila aku rasakan benda semua ni aku hanya tabahkan hati dan sentiasa bersikap positif. Aku akan cuba. Aku tahu aku ada Allah untuk hadapi semua ni. Aku sentiasa berdoa pada Allah agar dipanjangkan umur kedua ibu bapa aku, saudara-mara, kawan-kawan dan semua yang aku kenal. Aku juga berdoa supaya dihapuskan dosa. Tapi lepas berdoa, aku berserah pada Allah. Pepatah ada kata "Kita hanya merancang, Allah yang tentukan.". Bila aku dalam keadaan macam tu, aku pepatah tu. Seteruk mana pun kita kena tempuh dugaan tu pasti ada penyelesaian. Bila aku tak dapat apa yang aku nak, aku beringat pada diri aku "Sekiranya kau tak dapat yang ni, In Shaa Allah, Allah akan sediakan yang lebih baik untuk kau." dan aku terpaksa terima. Sekiranya seseorang yang kita suka itu bukan milik kita, jangan sedih sebab Allah ada yang lebih baik dari si dia. Janganlah terus berputus asa. Allah tak pernah menghampakan hambanya. Ye, aku ni bukan manusia yang sempurna. Kadang-kadang aku juga lupa untuk solat, leka. Tapi pada masa tu aku akan rasa macam tu semua. Salah satu cara untuk hilangkan rasa macam tu. Aku berwuduk, solat dan berdoa. Alhamdulillah hilang. Yelah mungkin tak kesemuanya. Kadang kadang aku rasa kecewa tapi aku tak nak lah bagitahu sebabnya. Tapi keeping positif makes me better.

Sebenarnya aku bukan nak berceramah lah apa lah. Hanya nak luahkan apa yang aku rasa dan aku pun pasti ada sesetengah antara korang rasa macamni juga. Kalau rasa, berwuduk, solat dan berdoa lah. Tapi jangan hanya pada masa tu je. Aku pun ingat pada diri sendiri. Manusia mudah lupa.

Semoga kita semua sedar. In Shaa Allah.
Bye.Assalamualaikum.
(29/1/14)